PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Lagi tangkapan jual rokok seludup


Kota Bharu: Cubaan seorang pembantu kedai runcit warga Pakistan menyembunyikan sejumlah rokok seludup dalam plastik gelap di bawah kaunter gagal apabila bungkusan itu ditemui penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi di sebuah kedai runcit di Jalan Dusun Raja, Isnin lalu.

Akibatnya, lelaki berusia 20 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari.

Dalam operasi itu, anggota penguat kuasa JKDM yang diketuai Ketua Operasi JKDM Kota Bharu Mohd Hasnan Ismail menemui 74 kotak rokok seludup pelbagai jenama selepas melakukan pemeriksaan lanjut.

Antara jenama rokok dirampas termasuk Saat, Minna, Premuim International, Dunhill, John White dan Gudang Garam

Semakan mendapati premis itu sudah diserbu dua kali, namun ia tidak serik menjual rokok seludup.

Sementara itu, dalam operasi berasingan bermula Isnin hingga Rabu lalu, pihak berkuasa menahan lima individu termasuk seorang wanita di lima negeri iaitu Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Antara jenama rokok dirampas termasuk John, Canyon dan Suria 12.

Menerusi Op Outlet 2.0 Rokok dan Arak Seludup, semakin ramai peruncit dikenakan tindakan undang-undang selepas didapati bersalah menjual rokok seludup di seluruh negara.

JKDM akan terus membanteras penjualan rokok seludup selepas menerima maklumat awam terhadap peningkatan penjualan barangan itu yang dilakukan secara terbuka.

Sehubungan itu, JKDM memberi amaran kepada peruncit menghentikan kegiatan menjual rokok seludup kerana penalti berat menanti mereka termasuk direman tiga hari untuk siasatan, harta disita dan boleh dipenjara.

Selain hilang cukai, penjualan rokok dan arak seludup memberi kesan negatif kepada masyarakat. Selain daripada memberi kesan kepada perokok berikutan kandungan kimia lebih banyak dan diragui, rokok seludup turut menyebabkan tabiat itu sukar dihentikan
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Lagi tangkapan jual rokok seludup"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top