PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Maut akibat kecuaian pemandu lain


TELOK PANGLIMA GARANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya secara bersendirian terlibat kemalangan di Kilometer 16 Jalan Klang-Banting- Port Dickson, semalam.

Motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang, Nik Fauzi Noor, 43, dipercayai digesel sebuah lori dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, yang mana kedua-dua kenderaan tersebut menggunakan laluan sama menghala ke Banting.

Mangsa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir, berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian sebuah lori yang dipercayai dipandu secara tidak berhati-hati sebelum menghimpit motosikal mangsa.

Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati struktur jalan adalah lurus dengan dua lorong di jalan sehala.

“Kemalangan u itu melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Klang menghala ke Banting dengan sebuah lori. Pihak polis masih menunggu butir-butir pemandu lori yang terlibat.

“Berdasarkan maklumat pada MyKad, mangsa didapati beralamat di Bachok, Kelantan," katanya sambil memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarga.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori mengawal kenderaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Maut akibat kecuaian pemandu lain"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top