PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

bas masuk longkang


Serdang: Seorang pemandu bas persiaran terselamat walaupun bas dipandunya terbabas dan terbalik di dalam longkang besar berhampiran Jalan Sri Kembangan - Serdang di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, pemandu berusia 30-an itu hilang kawalan ke kiri laluan berhampiran pintu masuk Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan bas persiaran itu tidak membawa penumpang ketika kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Nasaruddin Mohd Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebuah jentera dan van Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) bersama sembilan anggota tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati pagar besi penghadang longkang dirempuh dan sebahagian badan bas di dalam longkang,” katanya.

Menurutnya, pemandu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk " bas masuk longkang"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top