PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Bapa tiri terima balasan rogol anak 14 tahun


KOTA BHARU - Balasan atas perlakuan jijik seorang peniaga pasar malam kerana merogol anak tirinya yang berusia 14 tahun, dia dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 35 tahun itu dihukum selepas didapati bersalah apabila gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh bersalah merogol mangsa yang berusia 14 tahun lima bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Melor, di sini, pada jam 3 pagi, 4 Mac 2013.

Mahkamah mengarahkan hukuman berkuatkuasa hari ini, namun membenarkan penangguhan perlaksanaannya atas permintaan tertuduh dengan syarat tertuduh membayar jaminan sejumlah RM20,000.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku insaf dan merayu hukumannya dikurangkan kerana dia menyesal atas perbuatannya itu. Pada masa sama, tertuduh juga memohon penangguhan perlaksanaan hukuman terbabit berikutan berhasrat untuk mengemukakan rayuan di mahkamah tinggi.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali bagaimanapun membantah rayuan itu dan mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat.

“Pada masa kejadian, tertuduh adalah bapa tiri mangsa, walaupun bukan bapa kandung, sepatutnya dia perlu bertanggungjawab melindungi mangsa seperti anak kandung serta bukannya melakukan perbuatan tanpa perikemanusiaan seperti itu," katanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Bapa tiri terima balasan rogol anak 14 tahun"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top