PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Bayi maut dipercayai didera, ibu bapa direman

gambar bayi perempuan yang dipercayai didera


ALOR GAJAH: Seorang bayi perempuan berusia setahun 10 bulan maut dipercayai didera di rumahnya di Taman Padi Indah, Pulau Sebang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya di ruang tamu rumah mereka. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Razali Sabar, berkata mangsa kemudian di bawa ke Hospital Tampin oleh ibu bapanya dan disahkan sudah meninggal dunia.

"Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati terdapat dua kesan retakan di belakang tempurung kepala, kesan lebam baru di dahi dan hidung serta beberapa kesan lebam lama di beberapa bahagian badan mangsa.

 "Ibu bapa mangsa yang berusia 26 dan 33 tahun kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Bayi maut dipercayai didera, ibu bapa direman "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top