PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu



      KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berterusan di perairan Sabah (Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu sehingga Rabu ini. Menurut Jabatan Meteorologi, angin barat daya dengan kelajuan antara 50-60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. 


    Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter pula dijangka berterusan sehingga Rabu di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Pendalaman, Pantai Barat), Labuan dan Reef North. Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Angin kencang, laut bergelora sehingga Rabu "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top