PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Penjawat awam diwajibkan potong gaji lunas PTPTN

KAKITANGAN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membantu peminjam yang hadir di kaunter pejabat PTPTN Perak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh.


PUTRAJAYA: Semua penjawat awam diwajibkan membuat potongan gaji bagi membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal, berkata surat arahan potongan gaji kakitangan awam akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu majlis perjumpaan Jumaat ini. 

Jelasnya, perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai kadar bayaran serta menyerahkan senarai nama peminjam kakitangan awam di setiap kementerian dan negeri.

"Buat permulaan seramai 480 kakitangan awam di bawah JPA akan membuat potongan gaji bermula September ini. "Langkah itu sebagai tanggungjawab serta menjamin integriti kakitangan awam di negara ini," katanya ketika ditemui selepas program Sesi Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pegawai Jabatan perkhidmatan Awam di sini, hari ini.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Penjawat awam diwajibkan potong gaji lunas PTPTN "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top