PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

24 lagi jenazah etnik Rohingya dikebumi

KERJA pengebumian bagi kumpulan keempat 24 jenazah lelaki mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian dalam satu liang lahad berjalan lancar di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang awal pagi ini. Semua mangsa yang ditemui di Bukit Wang Burma dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar.



   Sejumlah 24 lagi jenazah etnik Rohingya yang juga kumpulan keempat, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena, dekat sini, awal pagi ini. Semua jenazah lelaki itu selamat dikebumikan kira-kira jam 3 pagi tadi dan ia adalah kumpulan keempat daripada keseluruhan 106 jenazah Rohingya yang melalui proses forensik di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak kira-kira dua bulan lalu. Difahamkan, semua jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 12.15 tengah malam tadi dan proses pengebumian selesai lebih dua jam selepas itu.

  Ia menjadikan keseluruhan 99 daripada 106 jenazah selamat dikebumikan secara berperingkat, manakala kumpulan terakhir membabitkan tujuh lagi mayat akan disemadikan selepas Aidilfitri.

   Pada 22 Jun lalu, sebanyak 21 jenazah dikebumikan, manakala 30 lagi disemadikan pada 29 Jun lalu di tanah perkuburan sama. Sejumlah 24 jenazah juga sudah dikebumikan pada Sabtu lalu. Susulan penemuan kem transit pendatang Rohingya di sempadan Wang Kelian pada bulan lalu, polis menemui 139 perkuburan di 28 kem di kawasan sempadan Bukit Wang Burma, Perlis. Bagaimanapun, hanya 106 jenazah ditemui dan dibawa keluar melalui sempadan Wang Kelian, Perlis serta Satun, Thailand.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "24 lagi jenazah etnik Rohingya dikebumi "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top