PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Pelakon Beego Bebas Tuduhan Khalwat


Mahkamah Rendah Syariah Gombar Timur hari ini telah membebaskan pelakon Beego dan dua orang lagi rakan beliau daripada tuduhan khalwat bersama dua orang wanita didalam sebuah rumah kira-kira empat tahun lepas.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Beego dan rakannya Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita mereka, Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang pada jam 6 pagi tanggal 23 Februari 2011.


Kedua-dua wanita berkenaan yang berusia awal 30-an mengaku bersalah pada Mei 2012 atas tuduhan itu dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Dakwaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pelakon Beego Bebas Tuduhan Khalwat"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top