PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Mencuri, Pecah tingkap kereta guna batu



Kulim: Tindakan dua penjenayah memecah masuk kereta dan cuba mencuri beg tangan pemiliknya mengundang padah apabila dicekup orang ramai di Kampung Dusun, di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek berusia 22 dan 25 tahun yang menaiki motosikal memecah cermin kereta itu.

Difahamkan pemilik kereta menghadiri kenduri di salah sebuah rumah terletak 500 meter dari lokasi keretanya ditinggalkan.

Bagaimanapun perbuatan mereka disedari adik lelaki pemilik kereta itu yang memaklumkan kepada kakaknya sebelum suspek diberkas.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, dia bersama ibu bapa dan adik-beradiknya menghadiri kenduri salah seorang saudara mereka.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Mencuri, Pecah tingkap kereta guna batu"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top