PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Bayi dalam kotak tepi jalan

BAYI perempuan yang ditemui pekerja klinik dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Shah Alam: Seorang pekerja klinik di Seksyen 19, di sini, yang dalam perjalanan ke tempat kerja tidak menyangka suara tangisan bayi yang didengarnya membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang diletakkan di tepi jalan, Jumaat lalu.

Bayi malang berkenaan yang dipercayai berusia seminggu itu diletakkan dalam sebuah kotak dan berbungkus kain sebelum dijumpai wanita terbabit jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan ditinggalkan individu yang tidak bertanggungjawab di tepi jalan.

“Bagaimanapun, bayi itu bernasib baik selepas dia ditemui seorang kerani klinik berusia 22 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

“Wanita itu yang terkejut dengan penemuan bayi perempuan berkenaan membawanya ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, semalam.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Bayi dalam kotak tepi jalan"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top