PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

TERKEJUT DAPATI LEMANG BERLAUK KATAK KETIKA INGIN BERSAHUR

Pasangan suami isteri terkejut apabila lemang yang dibelinya sebagai juadah sahur mengandungi katak mati.

Gambar lemang tersebut yang telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, Farah Adila, telah menjadi viral di media sosial.

Menurut apa yang ditulis di ruangan kapsyen gambar terbabit, Farah berkata dia dan suami terpaksa ‘membatalkan’ niatnya untuk bersahur kerana lemang katak itu.


Terkejut Dapati Lemang Berlauk Katak Ketika Ingin Bersahur

“Terbantut sahur si suami…Gara2 makhluk ni y elok parking dlm lemang y dibeli kat bazaar smlm…Kecut perut laki bini..terus loya nk mkn pe pon..”, kata Farah.Memetik laporan dari The Rakyat Post, Farah berkata dia dan suami membeli lemang tersebut di bazar Ramadan di Jalan Kuching.

“Bazar itu bazar yang sangat besar dan suami saya sukakan lemang. Kami dapati hanya satu gerai di bazar itu yang menjual lemang jadi kami membeli tiga.”

“Disebabkan kami sudah berbuka puasa dengan makanan lain, kami bercadang untuk memakan lemang itu ketika sahur. Lemang yang mempunyai katak adalah yang pertama kami buka”

“Pada mulanya suami saya sangka ianya daun pisang yang terbakar, tetapi setelah kami galinya keluar kami sedar ia sebenarnya adalah katak yang telah mati”, katanya.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "TERKEJUT DAPATI LEMANG BERLAUK KATAK KETIKA INGIN BERSAHUR"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top