PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Lagi Kes Bergambar Bogel, Kali Ini Di Atas Gunung Irau, Cameron Highland

Jika baru-baru ini negara digemparkan dengan kes pelancong asing yang biadap bergambar bogel di atas Gunung Kinabalu di mana perbuatan itu bukan sahaja menerima kritikan hebat dari pada netizens malahan masyarakat seluruh dunia.
Adakah berbogel di tempat yang dilawati ini sudah menjadi trend di kalangan pelancong?
Terbaru berlegar di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang lelaki telah mengambil gambar bogel di atas Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland tetapi tidak dapat dipastikan samaada rakyat Malaysia sendiri atau pelancong asing.
Di dalam gambar tersebut (tidak dapat dipastikan bila berlaku) menunjukkan seorang lelaki berkacamata telah mengambil beberapa keping gambarnya berlatar belakangkan papan tanda yang tertulis Brinchang 2.35KM bersama bendera Malaysia dibelakang.
Dia menggayakan pelbagai aksi antaranya menutup bahgian sulitnya dengan papan tanda yang tertulis Gunung Irau.
Perbuatan bogel seperti ini amatlah biadap dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku,. Tindakan keras haru diambil terhadap lelaki ini dan mana-mana individu yang melakukan aksi seperti ini supaya tidak berleluasa di negara kita.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Lagi Kes Bergambar Bogel, Kali Ini Di Atas Gunung Irau, Cameron Highland"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top