PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Rahsia bungkusan nasi kandar RM1.5 juta terbongkar

Abdul RAHIM (tiga dari kanan) menunjukkan dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM1.5 juta pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, George Town semalam



GEORGE TOWN – Taktik sekumpulan ahli kongsi gelap menjalankan aktiviti memproses dan mengedar dadah yang dibungkus menyerupai nasi kandar terbongkar selepas diserbu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di tiga lokasi berasingan di negeri ini Selasa lalu.

Suspek terdiri lima lelaki tempatan yang dipercayai ahli Geng 04 dan Sio Sam Ong itu diberkas di dua buah kondominium di Bayan Lepas dan di Butterworth dalam serbuan mulai pukul 9.30 pagi hingga 10.45 malam.

Operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pembongkaran kegiatan sindiket terbabit dilakukan selepas penahanan suspek pertama berusia 39 tahun di sebuah kondominium di Bayan Lepas.

“Di kediaman itu, kita berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin dan setor menyimpan dadah sintetik yang dibungkus menyerupai bungkusan nasi kandar. Antara dadah yang dirampas ialah heroin, he­roin base, syabu, serbuk kafein dan bahan kimia.


 
 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Rahsia bungkusan nasi kandar RM1.5 juta terbongkar "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top