PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Suspek 29 kes ragut dan samun lari dengan tangan bergari!!!



SHAH ALAM - Seorang suspek terlibat dalam 29 kes ragut dan samun meloloskan diri dalam keadaan tangan digari di Paya Jaras, Sungai Buloh, kelmarin.

Menurut sumber, banduan berusia 34 tahun itu bersama pegawai dan anggota polis ke Paya Jaras untuk mengesan seorang lagi rakannya yang masih bebas, kira-kira jam 8 malam.

"Ketika kejadian suspek bersama seorang lagi anggota polis berada di dalam van sementara menunggu pegawai serta anggota lain sedang kesan rakan suspek.

“Dia kemudian meloloskan diri dengan tangan masih bergari dan memakai baju lokap. Walaupun berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis yang cuba menahannya namun suspek melarikan diri ke kawasan berhampiran,” katanya.

Katanya, usaha mengesan banduan itu sedang giat diadakan di sekitar kawasan penempatan berhampiran.

"Polis kini sedang giat mengesan suspek di kawasan berkenaan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bersama bantuan orang kampung membuat pencarian di kawasan hutan serta perkampungan berhampiran,” katanya.

Banduan terbabit terlibat dalam kes ragut dan samun sekitar Klang Utara, Sungai Buloh dan Damansara Damai Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat ketika mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Kita bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dalam usaha mengesan individu berkenaan,” katanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Suspek 29 kes ragut dan samun lari dengan tangan bergari!!!"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top