PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Padah ragut gelang tangan warga emas

Padah ragut gelang tangan warga emas



TUMPAT – Seorang lelaki berlumuran darah apabila dibelasah orang ramai selepas meragut seutas gelang tangan emas milik seorang peniaga kedai runcit di Kampung Jubakar Pantai, pada Sabtu.

Perbuatan suspek berusia 25 tahun itu disedari orang ramai yang kemudiannya bertindak mengejarnya hingga ke Kampung Geting, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Suspek yang melarikan diri dengan motosikal kemudiannya bersembunyi di belakang perigi di sebuah rumah penduduk di kampung berkenaan sebelum kantoi dengan penghuni rumah itu yang mahu ke bilik air.

Bunyi bising di rumah itu disedari oleh orang kampung yang mengejar suspek dan kemudiannya bertindak mengepung dan memukulnya.

Suspek turut mencederakan anggota polis ketika tangkapan dibuat di lokasi kejadian.

Kejadian ragut itu berlaku apabila suspek ke kedai runcit milik Aminah Awang, 62, untuk membeli minyak motosikalnya kira-kira jam 11.30 malam.

Suspek tiba-tiba memegang tangan mangsa dan meragut gelang tangannya. Warga emas itu cuba melawan suspek yang dikenalinya itu tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian itu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini berakhir 9 Disember.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan curi ragut, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang dan mencederakan penjawat awam ,” katanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Padah ragut gelang tangan warga emas"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top