PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Wanita didakwa bunuh anak tiri

ZURAIDAH (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia lima tahun, minggu lalu. 

SHAH ALAM: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana membunuh anak tirinya yang berusia lima tahun, minggu lalu. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Zuraidah Basuki, 36, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh Nurul Aamieranda Amran di Bandar Puncak Alam, di sini, antara jam 10 malam 19 November hingga jam 2 pagi 20 November lalu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Majistret Nurshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sani
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Wanita didakwa bunuh anak tiri "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top