PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Tetap popular, diminati

Nama Misha Omar, 33, dan Dayang Nurfaizah, 33, sudah kukuh dalam industri muzik tempatan dan tidak perlu menjaja cerita peribadi atau melayani gosip liar yang sengaja diada-adakan di akhbar atau rancangan infotainment.
Berbekalkan bakat dimiliki dan disiplin kerja tinggi, membuatkan Misha dan Dayang mampu mempertahankan kedudukan sebagai antara penyanyi tempatan disegani lebih satu dekad pembabitan dalam bidang seni.
Kekuatan mereka terletak pada vokal dimiliki. Berilah apa juga jenis lagu, pasti mereka mampu dendangkan dengan baik. Misha dan Dayang juga punya persamaan. Selain memiliki keunikan vokal, nyanyian mereka selalunya berserta emosi yang kuat sehingga mampu membuai jiwa mereka yang mendengar.




Mereka berdua ditemukan dalam sesi fotografi khas bersama Selebriti Metro Ahad. Sepanjang tempoh lebih 10 tahun pembabitan Misha dan Dayang sebagai pe­nyanyi, banyak pengalaman pahit manis dilalui. Begitupun, setiap perkara ditempuh dijadikan pe­ngajaran untuk menjadi penghibur lebih baik.
Jika Dayang sibuk menggemudi kerjaya seninya selepas memperoleh kerjayaan menerusi single Di Pintu Syurga dan muncul juara dalam program realiti Mentor Legend, Misha pula dilihat agak menyepi seketika terutama selepas berkahwin dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rossly.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tetap popular, diminati"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top