PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Tauke Durian Bakal Belanja Orang Ramai Durian Percuma Esok, Siapa Cepat Dia Dapat


ALOR SETAR: Kepada orang ramai dan penggemar-penggemar durian di kawasan utara tanah air jangan lepaskan peluang esok di mana akan di adakan  Festival Durian Percuma di mana anda boleh mengambil atau menjamu selera memakan durian secara percuma.

Festival yang pertama kali diadakan ini di jayakan oleh seorang pemilik kebun durian, Lee Shiong Lian,53, di mana penganjuran festival ini adalah untuk berkongsi dengan s mua pelanggan sambil membantu mempromosikan negeri Kedah.

"Saya mempunyai 200 batang pokok durian, juga buah-buahan lain termasuk rambutan serta manggis.

"Jenis durian di kebun saya ialah Musang King, Ang Heh (Udang Merah), Tangkai Panjang, D2,D24,D99,D604 dan macam-macam lagi," jelas Shiong Lian.

Shiong Lian memberitahu dia akan menyediakan 1,000 biji durian bermula 11 pagi hingga 4 petang di Rest City Restaurant, berdekatan dengan Putra Medical Centre, di Jalan Sekerat.

"Siapa cepat, dia dapat. Sempena bulan Ramadan, orang Muslim boleh membawa pulang, manakala bukan Muslim boleh makan terus di sini," jelasnya.

Selain itu, beliau juga ada menjual durian semasa festival tersebut di mana harganya sekitar hanya RM5 hingga RM20 per kilogram.

"Musang King dijual pada harga RM20 per kg, Ang Heh RM10,D2 (RM10) dan lain-lain RM5-RM6 per kg.

"Saya tidak apa-apa agenda yang menguntungkan. Cuma saya gembira berkongsi durian saya dengan orang awam dan kawan-kawan," jelasnya.


Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tauke Durian Bakal Belanja Orang Ramai Durian Percuma Esok, Siapa Cepat Dia Dapat"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top