PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Pergaduhan Beramai-ramai di Plaza Lowyat -Gambar sebenar


Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan.

Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut.

Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.” katanya memetik Harian Metro.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai sesak mengerumi tempat kejadian selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pergaduhan Beramai-ramai di Plaza Lowyat -Gambar sebenar"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top