PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Mama, bangunlah..‘Ibu tidur, adik sakit’

Nur Adni melihat jenazah Mahfuzah dan Mohamad Harraz Zafran yang tiba di Felda Lepar Hilir 1 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telok, Pekan.

Kuantan: Sungguh memilukan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cuba ‘mengejutkan’ jasad ibunya, Mahfuzah Ishak, 28, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 403.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kuala Kubu Baru, Selangor, kelmarin.

Menyangka ibunya tidur, Nur Adni Afeera Shahrul Raziman dilihat beberapa kali bercakap-cakap dengan jenazah ibunya yang disangkakan masih bernyawa.

“Mama, bangunlah.. ramai orang datang rumah kita,” katanya.

Selepas tidak mendapat ‘reaksi’ daripada ibunya, Nur Adni Afeera kemudian beralih kepada Muhammad Harraz Zafran, 1, sebelum memberitahu orang ramai bahawa adiknya ‘sakit’.

Situasi itu ternyata menyentuh hati orang ramai yang menziarahi jenazah dua beranak berkenaan di rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1, dekat sini, malam kelmarin.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Mama, bangunlah..‘Ibu tidur, adik sakit’"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top