PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Keringat berbaloi


Kuala Lumpur: Keringat yang dicurahkan atlet yang memenangi pingat di Sukan SEA Singapura bulan lalu akhirnya dihargai apabila menerima habuan ‘duit raya’ selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengagihkan insentif sejumlah RM2,069,750 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bermula semalam dan hari ini.

Malah kegembiraan itu dikongsi lebih ramai atlet selepas Menterinya Khairy Jamaluddin semalam membuat kejutan apabila jumlah pemberian itu bukan hanya untuk pemenang pingat emas, malah perak dan gangsa.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendekatan mereka kali ini yang menetapkan sasaran kutipan pingat keseluruhan dan bukannya emas.
“Kali ini kita ada sasaran keseluruhan maka kita berpendapat, kita bagi juga insentif kepada pemenang perak dan gangsa yang ramai terdiri daripada atlet muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan surau Majlis Sukan Negara, Surau Al-Faizin di Bukit Jalil semalam.

Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran 56 peratus jumlah pingat keseluruhan (184 pingat) di Singapura apabila meraih 62 emas, 58 perak, 66 gangsa untuk mengumpul jumlah kesemuanya 186 pingat.

Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Keringat berbaloi"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top