PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Kajian pembinaan lapangan terbang Kulim siap November




ALOR SETAR: Kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya November ini, kata Exco Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.
Katanya, kajian itu dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menilai pelbagai aspek sebelum laporan diserahkan kepada kerajaan negeri nanti.
Laporan penilaian kajian cadangan pembinaan KXP itu juga akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk penilaian selanjutnya sebelum keputusan akhir diumumkan.

Beliau berkata, kerajaan negeri optimis untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang itu kerana ia akan memberi manfaat kepada negeri-negeri di utara tanah air dan selatan Thailand.
"Kita akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan pusat termasuk pelaksanaan kajian yang sedang dilakukan pada masa kini.

"Kerajaan negeri juga turut melantik perunding sendiri untuk melakukan kajian dan penyelidikan berhubung projek mega ini," kata Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri hari ini.
Ku Abdul Rahman berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mampu membiayai projek itu, kerajaan negeri terpaksa mencari pelabur dari China dan Jepun bagi menjayakannya.

"Ini projek jangka panjang untuk membantu kerajaan negeri dan sekiranya cadangan pembinaan lapangan terbang itu tidak dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebelum ini, ia mungkin akan dimasukkan ke dalam pelan pusingan selepas tempoh dua tahun," katanya.
Sementara itu, Ku Abdul Rahman berkata, pengguna boleh melaporkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) sekiranya ada peniaga yang meletakkan harga yang tinggi pada barangan harga kawalan.

Menurutnya, hasil pemantauan di Pasar Besar Alor Setar mendapati peniaga mematuhi harga skim kawalan yang ditetapkan, malah ada yang menjual barangan kawalan pada harga jauh lebih rendah.
"Kita perlu puji sikap peniaga daging yang menjual daging tempatan pada RM26 sekilogram berbanding RM29.50 sekilogram seperti yang ditetapkan kementerian," kata Ku Abdul Rahman.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kajian pembinaan lapangan terbang Kulim siap November "
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top