PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Ibu Kejam, Kerat Mayat Bayi Dan Buang Dalam Lubang Najis



JITRA:  Seorang wanita berusia 31 tahun tergamak mengerat mayat anaknya dan dibuang ke dalam lubang najis di belakang rumah datuknya di kampung Kampung Manggol, Mukim Malau di sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata hasil bedah siasat doktor mengesahkan bayi tersebut telah meninggal semasa dilahirkan sebelum mayatnya dipotong 8.

Wanita berkenaan masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star dan dan direman selama empat hari bermula hari ini.

Menurut jiran kepada datuk suspek, Ku Rahman Ku Daie, 69, dia hanya mengetahui kejadian ini selepas pihak polis datang ke rumah jirannya itu.

"Pada mulanya saya menyangka ada kematian dan pergi untuk melihat apa yang berlaku tetapi dihalang anggota polis kerana bimbang akan menjejaskan siasatan."

“Saya marah dan sedih dengan apa yang berlaku kerana tidak sangka kejadian itu berlaku di kampung ini, tambahan pula dekat dengan rumah saya.

“Kalau pun bayi itu sudah tiada, dia tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu dan tindakan dilakukan ibunya itu terlalu kejam,” katanya dipetik Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ibu Kejam, Kerat Mayat Bayi Dan Buang Dalam Lubang Najis"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top