PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Gambar Pelancong Pegang Hidupan Laut Dapat Kritikan Ramai



Semporna, Sabah : Beberapa gambar yang memaparkan beberapa hidupan laut dipegang oleh pelancong di sini mendapat kritikan dari Netizens.

Menurut salah satu gambar yang dimuat naik, pelancong-pelancong terbabit berada dalam sebuah bot Singamata.

Sepatutnya, haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disentuh tetapi hanya boleh dilihat sahaja oleh pelancong-pelancong yang melawat perairan di sana.





"Mana boleh sentuh pun. Dalam air hanya untuk tengok", kata seorang pengguna Twitter, Muzafar Mustapa.

"Singamata Dive Shop, Semporna, Malaysia @PADI ?.. You're days are numbered. Thanks to J Teo for sharing ", kata akaun Twitter, Home is in the ocean pula.

Seorang lagi pengguna Twitter Akeem menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berakal.

"Penyu tu boleh consider la sbb dia boleh bernafas,  but nemo and puffer fish angkat mcm tu? Tak ada akal? ", katanya. -
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Gambar Pelancong Pegang Hidupan Laut Dapat Kritikan Ramai"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top