PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Anak maut dilanggar bapa sendiri

 


KUANTAN – Seorang bapa tidak dapat membendung perasaan sedih dan serba salahnya apabila dia secara tidak sengaja terlanggar anak kesayangannya sendiri ketika mengundurkan kenderaan di rumahnya di Taman Balok Perdana di sini semalam.

Insiden tersebut ternyata memberi kesan mendalam kepada Ridzdwan Dolah apabila dia tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata apabila didekati media yang mahu mendapatkan komennya mengenai peristiwa menyayat hati itu di Hospital Tengku Am­puan Afzan (HTAA) di sini.

Dia hanya tunduk membisu dan ditenangkan oleh ahli ke­luarga dan saudara-maranya.

Sekali-sekala dia kelihatan mengesat air matanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, Ridzdwan tidak menyangka objek keras yang dilanggarnya ketika mengundurkan kenderaan pelbagai guna, Proton Exora me­rupakan anak bongsunya, Azeem Iskandar yang berusia setahun.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Anak maut dilanggar bapa sendiri"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top