Kuala lumpur: Seorang pemandu
lori berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah
Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meraba payudara seorang promoter pasar
raya, tiga hari lalu.
S. Joshua, 26, didakwa meraba wanita berusia 26 tahun itu
untuk mencabul kehormatannya di Level G, berhampiran mesin autopay sebuah pasar
raya di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 5 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut
Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10
tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada
seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Joshua bagaimanapun mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan itu.
Majistret Saifulakmal Said
membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat
tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati pengadu atau mana-mana saksi
pendakwa raya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul
Razak manakala Joshua diwakili peguam R. Murugan. Mahkamah menetapkan 11 Ogos
untuk sebutan semula kes.
0 Komentar untuk "Padah raba payudara"