PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Polis lancar portal kanak-kanak hilang


Kuala Lumpur: Polis melancarkan portal kanak-kanak hilang bagi menyalurkan dan berkongsi maklumat berkaitan kes kehilangan kanak-kanak di negara ini. Portal terbabit boleh dilayari di http://knk2hilang.rmp.gov.my turut memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat terus kepada polis untuk diambil tindakan dan penyiasatan.

 Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ,portal terbabit adalah satu inisiatif Bahagian Siasatan Jenayh D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

 Menurutnya, portal terbabit juga adalah platform untuk orang awam menyemak data kanak-kanak hilang secara terus. "Portal ini diwujudkan dalam laman web PDRM bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk bekerjasama mengesan kanak-kanak yang hilang dengan lebih cepat.

 "Melalui kewujudan portal ini kita percaya dapat meningkatkan peluang kanak-kanak hilang ditemui semula," kataya pada sidang media selepas melancarkan portal terbabit di Bukit Aman di sini, hari ini.



Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Polis lancar portal kanak-kanak hilang"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top