PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Kes Tiga Gadis Myvi Mengamuk Sudah Selesai

Shah Alam : Satu kes yang pernah menjadi viral pada bulan Mac lalu; iaitu kes tiga 'gadis Myvi' mengamuk; kini sudah pun selesai .

Kes itu diakhiri dengan pemandu teksi yang terbabit, Azmi Mat Mokhtar, 54, dan bapa kepada tiga gadis berkenaan, Syed Fareid Yahya, 51, bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di Mahkamah Majisteret Shah Alam, pagi tadi.

Majistret Ellyanan Razali memerintahkan Azmi; yang menghadapi empat pertuduhan merosakkan  merosakkan Perodua Myvi Sharifah Fara Difla, 28, dan tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada tiga gadis terbabit; agar membayar RM1,000 kepada semua mangsa.

Bagi kes bapa gadis berkenanaan yang bertindak menumbuk Azmi, dia diperintahkan untuk membayar RM50 kepada pemandu teksi terbabit.

Keputusan itu dibuat setelah kedua-dua pihak itu bersetuju atas terma sulit yang dipersetujui bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kes Tiga Gadis Myvi Mengamuk Sudah Selesai"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top