PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
kakilambung. Powered by Blogger.

Lelaki Terima 10 Jahitan Selepas Diserang Beruk Jantan

JENGKA: Seorang lelaki terpaksa menerima 10 jahitan di lengan kanannya selepas diserang oleh seekor beruk jantan di Lepar Utara 2, di sini.

Haiwan berkenaan yang juga dikatakan pernah mencederakan seorang peneroka sebelum ini telah ditambak mati selepas bertindak di luar kawalan.

Mangsa, Ahmad Saufi Hussin, 27, yang sedang berehat di sofa dirumah mertuanya terkejut apabila secara tiba-tiba didatangi haiwan berkenaan yang mahu memasuki dalam rumah.



Dia dikatakan cuba menghalau beruk berkenaan tetapi gagal sebeliknya dia telah diserang sebelum bergelut menyebabkan lengannya cedera kerana kesan gigitan.

“Selepas menggigit, beruk ini cuba untuk keluar melalui tingkap tetapi tidak boleh kerana semua tingkap bertutup.

“Mungkin kerana itu, ia kembali serang saya dan bergelut sehingga ruang tamu bersepah dan dilumuri darah dari bekas gigit hampir 15 minit,” katanya.

Menurut Saufi, beruk berkenaan yang bersaiz kanak-kanak 10 tahun akhirnya melarikan diri melalui pintu rumah menuju ke sebatang pokok durian di belakang rumahnya dan tidak beredar jauh.

Haiwan berkenaan mengeluarkan bunyi kuat seperti mahu menakutkan oeang dan berkelakuan agresif selepas itu menyebabkan anggota RELA yang dipanggil terpaksa melepaskan tembakan.

“Sebelum ke rumah mertua saya, beruk ini terlebih dahulu menyerang jiran sebelah sehingga mereka sekeluarga terpaksa mengunci diri dalam rumah bagi mengelak kejadian buruk.

“Dilemparkan pisang kerana beranggapan mungkin beruk tersebut lapar tetapi ia tetap tidak mahu makan.

“Dengan saiz yang besar dan agresif, beruk ini sangat berbahaya terutama kepada kanak-kanak,” katanya.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Lelaki Terima 10 Jahitan Selepas Diserang Beruk Jantan"
 
Template By Kunci Dunia
Back To Top